Image5

FIDYAH PUASA

 

FIDYAH 

FIDYAH PUASA



Kini kita telah berada di pertengahan bulan Rejab. Tidak lama lagi iaitu spesifiknya lagi 43 hari (bermula hari ini) kita akan berada di bulan Ramadhan. Bagi yang belum habis qada puasa ramadhannya yang lalu, masih sempat lagi mengganti puasanya. Begitu juga bagi yang kena ganti puasa dan fidayah (atas beberapa sebab tertentu), maka kenalah bayar fidyahnya juga. Pada masa kini kita sudah boleh bayar fidyah secara online saja. 

Jadi bagaimana cara mengiranya?

Berikut ini saya kongsikan lebih lanjut tentang fidyah dan cara membuat bayaran fidyah secara online mengikut negeri masing-masing.

PENGERTIAN FIDYAH
Fidyah puasa bermaksud mengeluarkan secupak makanan asasi bersamaan 675 gram atau yang senilai dengannya untuk sehari puasa yang ditinggalkan atas sebab-sebab yang tertentu atau kerana sengaja melengahkan mengqada puasa yang lalu sehingga tiba Ramadan seterusnya.


DALIL MENGENAI FIDYAH
Hukum membayar fidyah adalah WAJIB menerusi firman Allah S.W.T yang bermaksud :

“..Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (iaitu): memberi makan seorang miskin…”

( Surah al-Baqarah, ayat 184 )



SEBAB-SEBAB DIKENAKAN FIDYAH
Seseorang itu boleh dikenakan fidyah apabila dia meninggalkan puasa kerana:-

TUA yang tidak terdaya lagi berpuasa dan sekiranya dia berpuasa akan menimbulkan masyaqqah (kesusahan) atau mudarat diri dan kesihatan.
MENINGGALKAN PUASA KERANA SAKIT KRONIK yang tidak dapat diharapkan sembuh menurut pengalaman atau pengesahan pakar perubatan.
MENINGGALKAN PUASA KERANA HAMIL ATAU MENYUSUKAN ANAK yang sekiranya meninggalkan puasa hanya kerana khuatir keselamatan anaknya sahaja. Disamping itu, wajib mengqada puasa di lain hari.
MELEWATKAN MENGQADA PUASA RAMADAN yang lalu sehingga tiba Ramadan yang seterusnya. Di samping itu, wajib mengqada puasa di lain hari. 

KADAR BAYARAN FIDYAH
Kadar fidyah ialah satu mud atau secupak makanan asasi. Mud adalah ukuran tradisional yang digunakan dalam masyarakat Arab yang merujuk kepada sukatan isian dua tapak tangan sederhana yang dibentangkan.

Ukuran satu mud adalah bersamaan dengan 600 gram(Kitab Al-Muktamad Fi Fiqhi Syafii). Oleh yang demikian, di negeri Sabah nilai kadar semasa bagi bayaran fidyah adalah RM1.75 bagi sehari puasa yang ditinggalkan. (bagi negeri lain-lain boleh merujuk di website Majlis Agama Negeri Masing-masing seperti yang tertera di bawah pos ini.



WAKTU MEMBAYAR FIDYAH
Fuqaha sepakat menyatakan waktu membayar fidyah bermula sebaik sahaja ibadah berkenaan tidak dapat disempurnakan. Bagaimanapun waktunya luas dan tidak terhad pada satu tempoh waktu yang tertentu. Namun demikian digalakkan ia disegerakan kerana dikhuatiri tidak dapat dilaksanakan jika bertangguh.


ANDA BOLEH MENGIRA SENDIRI BERAPA JUMLAH FIDYAH YANG WAJIB DIBAYAR DI KALKULATOR BERIKUT


NEGERI SABAH
 


WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

NEGERI SELANGOR


NEGERI PAHANG

NEGERI KEDAH

NEGERI KELANTAN


NEGERI PERAK

NEGERI TERENGGANU

NEGERI JOHOR


NEGERI SEMBILAN



NEGERI MELAKA



NEGERI SARAWAK


Previous Post Next Post