Jika mahu ke Negara Brunei melalui jalan darat dari Negeri Sabah sebenarnya tidaklah terlalu jauh. Jika dari lokasi saya dari Beaufort ianya lagilah tidak terasa jauh. Pada tahun 2019 saya pernah ke Brunei melalui jalan darat akan tetapi mengikut laluan Daerah Limbang. Namun di sini saya akan share untuk laluan yang saya ikut minggu lalu. Sekarang bagi pelawat yang bukan warganegara Brunei sudah boleh melalui Jambatan Sultan Haji Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan, Brunei. Ianya menghubungkan Daerah Temburong terus ke Brunei tanpa kena melalui Daerah Limbang di Sarawak
Peta Perjalanan dari Google Map