Image5

KEMBARA SR FAMILY DARI SABAH KE SARAWAK DISEMBER 2022

 


 Alhamdulillah, sedikit memori rakaman perjalanan musafir kami sekeluarga dari bumi Sabah ke Sarawak melihat indahnya alam ciptaan Allah SWT pada 21 hingga 28 Disember 2022. Simpan sini sebagai kenangan manis kami sekeluarga sebagai penutup tahun 2022. Alhamdulillah di atas nikmat Allah SWT.

Sempadan Brunei sebenarnya pada masa tersebut baru dibuka bagi orang luar pada ogos 2022 tahun lalu (agak lama juga tidak nampak kereta Brunei lalu di Daerah saya Beaufort, sebab mereka tutup sejak dari covid2020) jadi perjalanan kali ini lalu ke Brunei adalah perjalanan yang baru bagi saya sekeluarga, iaitu masuk ke Bandar Sri Begawan mengikuti Jambatan Temburong atau juga dikenali sebagai Jambatan Sultan Haji Omar Ali Saifuddien . Jambatan ini mula digunakan oleh rakyat Brunei sahaja pada 17 Mac 2021.

Insyaallah saya akan rekodkan di sini cara membuat permohonan membawa kenderaan ke negara Brunei, apa peraturannya berkaitan kenderaan sekiranya berada di Negara Brunei dan sebagainya (akan bersambung di post akan datang) 

Jom tonton video ringkas kami sekeluarga semasa kembara kami dari Sabah sampai ke Sarawak tahun lalu. Alhamdulillah :) 





Previous Post Next Post