Image5

Banjir Di SMK St John Beaufort

 Banjir Di SMK St John Beaufort 

Banjir Di SMK St John Beaufort

Sebenarnya sejak hari kemarin lagi iaitu pada khamis, anak-anak SMK St John sebahagiannya tidak dapat ke sekolah kerana air banjir sudah hampir melepasi bangunan kelas sekolah. Daripada gambar berikut kelihatan bangunan yang merupakan di bahagian belakang sekali telah dibanjiri air. Kawasan sekolah sememangnya berdekatan tidak jauh dari kawasan Sungai Padas Beaufort. Setiap kali musim hujan terutamanya , pihak sekolah harus sentiasa berwaspada dengan situasi tersebut. Sejak dari kemarin lagi segala kerusi, meja telah dialihkan di tempat yang tinggi agar tidak rosak terkena air banjir.


Kawasan sekitar juga termasuklah Pekan Beaufort juga sudah dinaiki air. Pada hari ini, jumaat sebagai langkah keselamatan, pihak sekolah telah memaklumkan dari malam tadi agar anak-anak SMK St John  ber PDPR dari rumah. Iaitu belajar secara online dari rumah. Berikut dikongsikan beberapa gambar suasana sekolah hari ni.


Hari ini penulis berkesempatan mencoret sedikit kenangan banjir  di sekolah di blog ini. Bolehlah ditatap sebagai memori pada masa akan datang insyaAllah :) . Semasa menulis artikel ini pun, di luar sana masih hujan lebat. Agaknya hujung minggu nanti air akan surut insyaAllah. Kebiasaannya air sungai di kawasan Daerah Beaufort ini semakin deras alirannya, bukan sahaja disebabkan hujan lebat di kawasan setempat, tetapi juga aliran daripada pelepasan air daripada Stesen Janakuasa Hidro berdekatan. Sebab adakalanya (pengalaman banjir yang terjadi sebelum ini) situasi banjir semakin naik airnya walaupun cuaca cerah. Tapi itulah kawasan Beaufort ni memang sentiasa mengalami ini jugak rasanya ada pelbagai faktor, mungkin sebab kawasan ini dari segi geografinya, ada pelbagai sebab juga sebenarnya :) .




Namun  diharapkan situasi banjir akan cepat reda pada hujung minggu nanti insyaAllah. Alhamdulillah juga para guru dan pelajar sudah bersiap sedia dengan situasi ini. Semua sudah mahir belajar secara maya :) . Berikut dikongsikan gambar-gambar berkaitan banjir di SMK St John Beaufort.





1 Comments

Previous Post Next Post