1. MAKSUD KASIH SAYANG (MAHABBAH)
Dari Segi Bahasa: Cinta, kasih, sayang dan kecenderungan diri.
Dari Segi Istilah: Kecenderungan diri terhadap sesuatu yang baik.
2. DALIL NAQLI KASIH SAYANG (MAHABBAH)
A. Firman Allah SWT tentang sifat kasih sayang Allah SWT dalam al-
Quran:
B. Firman Allah SWT tentang sifat kasih sayang sesama orang Islam.
Maksud:
Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah, dan orang yang bersama dengannya bersikap tegas terhadap orang kafir (musuh Islam) dan berkasih sayang sesama sendiri (umat Islam).
(Surah al-Fath: ayat 29)
3. SIFAT KASIH SAYANG RASULULLAH SAW
Sayang rasul kepada Khadijah tidak terperi,
Baju yang koyak dijahitnya sendiri,
Sifat terpuji rasul wajib diikuti,
Amalkan kasih sayang agar diberkati.
Kunjung-mengunjugi, hormat-menghormati,
Umat dikasihi, doa dan syafaat diberi,
Menyayangi binatang juga kegemaran nabi,
Sahabat memelihara kucing dipandang tinggi.
Rasul menyayangi anak tidak berbelah bagi,
Semuanya dilayan dan dikasihi tidak terperi,
Marilah kita semua ikuti sunnah nabi,
Agar hidup ini penuh erti lagi diberkati.
CONTOH KASIH SAYANG NABI:
- Sangat menyayangi isterinya Khadijah dengan membantu Khadijah melakukan kerja-
kerja rumah seperti menjahit baju sendiri.
- Menyayangi cucu-cucunya dengan cara selalu bermain dengan cucunya dan mencium cucunya.
- Menyayangi sahabat-sahabatnya dengan selalu mengunjugi sahabat-sahabat baginda dan menghormati sahabat-sahabatnya.
- Menyayangi umatnya, sebagai contoh sentiasa mendoakan umatnya dan akan memberi syafaat
kepada umatnya di akhirat.
- Menyayangi bintang seperti kucing dan memandang tinggi sahabat yang membela kucing seperti
Saidina Abu Hurairah RA.
4. SIFAT KASIH SAYANG YANG DIREDAI ALLAH SWT
5. SIFAT KASIH SAYANG YANG DIMURKAI ALLAH SWT
6. HUBUNGAN SIFAT KASIH SAYANG DENGAN IMAN
Hadis di atas menerangkan bahawa orang Islam perlu berkasih sayang
kerana Allah SWT. Membenci juga hendaklah kerana Allah SWT. Kita
hendaklah membenci perbuatan yang menyalahi syarak yang
dilakukannya, bukan membenci pelakunya.
7. CARA MENYUBURKAN SIFAT BERKASIH SAYANG YANG DIREDAI ALLAH SWT
1. Tolong-menolong ke arah kebaikan dan berpesan dengan kebenaran.
2. Bersangka baik dan menutup aib orang lain.
3. Menjaga tutur kata supaya tidak menyakiti hati dan perasaan.
4. Memberi hadiah dan menziarahi anggota keluarga, guru dan rakan.
5. Menghormati yang lebih tua dan mengasihi yang muda.
6. Merendah diri kepada orang lain.
8. HIKMAH SIFAT KASIH SAYANG DALAM KEHIDUPAN
1. Memenuhi tuntutan agama kerana Allah SWT dan Rasulullah SAW
mengajar umat Islam berkasih sayang. Sebagai muslim kita dituntut
mencintai Allah SWT dan rasul-Nya lebih daripada segala-galanya.
2. Merai perasaan cinta mengikut peraturan dan bimbingan agama.
Contohnya, mencintai harta. Islam telah menggariskan cara
mendapatkan harta dan sumber perolehan harta hendaklah halal
dan digunakan pada jalan yang betul dan baik.