Maksud solat sunat Tasbih
Solat sunat khusus yang mengandungi bacaan tasbih sebanyak 300 kali pada keseluruhan solat.
Hukum melakukan solat sunat Tasbih
Sunat
Hikmah menunaikan solat sunat Tasbih
- Memberi ketenangan jiwa kerana banyak berzikir kepada Allah
- Mendapat keampunan kerana mengamalkan Sunnah Rasulullah SAW
- Meraih ganjaran yang besar daripada Allah kerana banyak bertasbih
Cara / kaifiat solat sunat Tasbih dengan satu salam
- Niat : (Sahaja aku solat sunat Tasbih 4 rakaat kerana Allah Taala)
- Bilangan rakaat : 4 rakaat dengan satu salam sekiranya dilakukan pada waktu siang
- Cara pelaksanaan : Bersendirian atau berjemaah
- Bertasbih sebanyak 10 kali ketika rukuk, iktidal, sujud, duduk antara dua sujud & sujud kedua.