Perkhemahan Perdana Unit Beruniform di SMK Kota Klias (27 September hingga 29 September 2024)
Perkhemahan
ini merupakan acara tahunan yang dijalankan oleh unit Ko-Kurikulum Sekolah. Para pelajar berpeluang untuk mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti. Ia
merupakan masa yang dinantikan oleh pelajar. Bukan sahaja memberi peluang untuk
berinteraksi dengan rakan sebaya, tetapi juga memperkayakan pengalaman dan
mengasah kemahiran mereka.
Berikut adalah
beberapa aktiviti yang dijalankan:
1.
Bantu Mula:
Pertandingan ini melibatkan penggunaan alat yang disediakan oleh pengelola
perkhemahan. Peserta akan menunjukkan kemahiran dalam menggunakan alat
tersebut.
2.
Simpulan & Ikatan: Dalam pertandingan ini, peserta akan menunjukkan
kecekapan dalam membuat simpulan dan ikatan yang kukuh.
3.
Malam Kebudayaan: Aktiviti ini memerlukan persediaan daripada
setiap unit. Pelajar akan mempersembahkan kreativiti mereka melalui lakonan,
nyanyian, dan persembahan lain.
4.
Orienteering: Dalam aktiviti ini peserta diajar cara mencari
laluan dengan menggunakan kompas.
5.
Gubahan Buah-Buahan: Peserta akan menghasilkan gubahan buah-buahan yang
menarik.
6.
Kawad Kaki: Setiap unit akan bersedia untuk pertandingan
kawad kaki. Mereka akan menunjukkan ketepatan dan disiplin semasa berbaris.
Alhamdulillah
telah selesai hari ini aktiviti perkhemahan di SMK Kota Klias. Semoga
perkhemahan ini memberikan pengalaman yang bermakna kepada semua pelajar dan
memperkukuhkan semangat berpasukan! 🌟