Image5

Majlis Solat Hajat Dan Bacaan Yasin Perdana SMK ST John dan JPN Sabah


SMK ST JOHN

JPN SABAH


Alhamdulillah pada hari Jumaat kemarin bertarikh 11 Febuari 2023 Masihi bersamaan 19 Rejab 1444 Hijrah, Sekolah SMK ST JOHN telah mengadakan Program Solat Hajat dan Bacaan Yasin bersama anak-anak pelajar tingkatan 5 yang bakal menduduki SPM  lagi 9 hari lagi (ujian bertulis akan berlangsung pada 22 febuari, manakala ujian lisan sudah pun berlangsung minggu ini iaitu ujian lisan BM)

Program ini juga dihadiri oleh ibu bapa  anak-anak pelajar. Asalnya perancangan program ini pada jumaat yang lepas, akan tetapi disebabkan banjir ianya tertunda. Namun alhamdulillah dengan izin Allah SWT jua program ini telah berlangsung hari ini bersekali dengan penyertaan sekolah SMK ST JOHN secara maya atau online dengan Program Solat Hajat dan Bacaan Yasin Perdana yang  diadakan oleh Jabatan Pelajaran Sabah di Kota Kinabalu.

Didoakan semoga anak penulis (yang juga bakal menduduki SPM) beserta anak-anak SMK ST JOHN khususnya dan semua pelajar SPM di seluruh Malaysia amnya dapat meraih kecemerlangan dan seterusnya berjaya memperoleh keputusan yang terbaik dalam SPM mereka nanti! Bittaufik Wannajah....aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin.




Previous Post Next Post