Image5

PELAJARAN 10 : AKIDAH AHLI AS-SUNNAH WALJAMAAH

PELAJARAN 10 : AKIDAH AHLI AS-SUNNAH WALJAMAAH



TAKRIF AHLI AS-SUNNAH WALJAMAAH :

Kumpulan majoriti umat Islam yang memahami dan berpegang pada al-Quran dan as-Sunnah menerusi para sahabat dan tabi’in serta tabi’ tabi’in dalam prinsip aqidah, syariat dan akhlak.


Nama Lain Ahli Sunnah WalJamaah 

1. As-Salafus Soleh 

2. As-Sawadul A’zhom 

3. Al-Asya’irah 

4. Al-Maturidiyyah 5. Ahlul Hadis


PRINSIP AKIDAH AHLI AS-SUNNAH WALJAMAAH


 1. IMAN ialah kepercayaan serta keyakinan dalam hati, pengakuan dengan lidah dan beramal dengan perbuatan sebagai bukti kesempurnaan iman. 

2. Segala perbuatan manusia dicipta oleh Allah SWT, namun manusia diberi pilihan atau kehendak untuk melakukannya ataupun tidak serta dihitung baginya dosa dan pahala. 

3. Meyakini kewujudan perkara-perkara ghaib seperti yang diwahyukan dalam al-Quran dan as-Sunnah antaranya termasuklah persoalan kubur, hari akhirat, titian sirat, mizan, malaikat, jin dan sebagainya. 


4. Meyakini bahawa syurga dan neraka telah wujud sebelum dijadikan makhluk. Kewujudan syurga dan neraka adalah kekal selama-lamanya. 


5. Syafaat Rasulullah SAW adalah dengan izin Tuhannya termasuklah syafaat baginda untuk pelaku dosa besar kerana mereka masih dikira beriman. 


6. Perutusan para nabi dan rasul adalah harus bagi Allah SWT dan merupakan rahmat Allah kepada manusia


Allah SWT berfirman dalam surah al-An’am ayat 153 : 

Maksud : Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (lain daripada Islam) kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu daripada jalan Allah.


ALIRAN YANG BERTENTANGAN DENGAN AQIDAH AHLI AS-SUNNAH WALJAMAAH 

1.
ALIRAN YANG BERTENTANGAN DENGAN AQIDAH AHLI AS-SUNNAH WALJAMAAH


2. 

KHAWARIJ


3. 




PANDANGAN AHLI AS-SUNNAH WALJAMAAH DAN ALIRAN YANG BERTENTANGAN

DENGANNYA TENTANG BEBERAPA ISU 



KEPENTINGAN AQIDAH

AHLI AS-SUNNAH WALJAMAAH

1. Mendapat keredhaan Allah SWT.

2. Menjadi asas penerimaan sesuatu amalan.

3. Memelihara kesucian agama Islam.

4. Menjamin keamanan negara.

5. Mengelak umat Islam daripada berjinak dengan ajaran sesat.

6. Membersihkan aqidah daripada sebarang bentuk kekeliruan.

7. Menghindarkan umat Islam daripada fahaman yang

melampau.


CARA MEMELIHARA AQIDAH

• Mempelajari asas aqidah

berdasarkan kitab Ahli as-Sunnah

Waljamaah.

• Mendalami ilmu agama daripada

guru yang diiktiraf keilmuannya

dalam bidang aqidah.

• Membina ketahanan akidah dengan

memperbanyakkan doa.

• Menjauhi pengamal ajaran sesat.



Previous Post Next Post