Image5

Kisah Daku Seorang 'Yu Akademi Youtuber'..

Kisah Daku Seorang 'Yu Akademi Youtuber'..





 Melihat Sijil ini lantas teringat kenangan semasa mula-mula berkenalan dengan sebuah institusi (ku suka gelar institusi, kerana di situ lah daku bermula dan bertatih sedikit demi sedikit). Ya itu lah...

Institusi AKADEMI YOUTUBER  yang melahirkan guru-guru yang berkemahiran terutamanya dalam bidang penerbitan video dan sebagainya. Daku menemui iklannya di ruangan telegram pendidik, almaklumlah kala waktu itu seluruh negara berkerja dari rumah. Daku sebagai guru juga berhadapan dengan situasi bekerja dari rumah pada waktu itu... yakni pada tahu 2020. Pada kebiasaannnya guru mengajar berhadapan dengan pelajar di kelas secara langsung. Tapi kali ini tidak lagi. 

Jadi tugasanku menyampaikan ilmu agak terhad jika setakat menaip arahan bertulis di ruangan whatsapp, telegram mahupun di google classroom. Keutamaanku ialah mencari video-video pendidikan di youtube yang berkaitan dengan kurikulum mata pelajaran yang ku ajar. Namun hakikat yang terpaksa ku akui ialah...bukan tidak ada video berkaitan Islam di youtube akan tetapi kebanyakannya berbahasa seberang dan tidak menggunakan bahasa melayu. Maka di sinilah daku selaku guru mencuba membuat video...akan tetapi membuat video itu penting kena tahu selok beloknya. Kala waktu itu pula banyak benda yang harus dihadam secepat mungkin dari aspek pembelajaran alam maya atau secara online (digital).

Alhamdulillah di sepanjang perjalanan pembelajaran di AYU (ringkasan Akademi Youtuber Malaysia) Youtuber Manager AYU iaitu Cikgu Suffi dan rakan-rakan tenaga pengajar AYU yang lain banyak memberiku didikan dan dorongan agar memahami pelbagai selok belok penerbitan video pendidikan. Kemahiran yang diperolehi ini sangat banyak juga menyumbang kepada keperluan tugasan yang perlu ku laksanakan di tempat kerja ku sendiri pada waktu itu. Antara kemahiran yang diperolehi seperti membuat video pendidikan, mengendalikan penstriman video secara langsung, membuat desain dan editing poster, banner dan sebagainya 

Doaku semoga semua tenaga pengajar AYU yang pernah dan masih menyumbang ilmu buat daku dari dulu dan sehingga kini (sekarang cuba berkecimpung dalam bilang Blogger setelah Youtuber :) , insyaAllah) semoga guru-guru ku ini sentiasa diberkati dan dirahmati Allah SWT di dunia jua di akhirat nanti..aamiin


Semasa Tugasan Kelas Secara Langsung di AYU Sebagai Tenaga Pengajar


Semasa Sidang Graduasi AYU ---Alhamdulillah kenangan terindah pada 2022 yang lalu :) 






Previous Post Next Post