Image5

Akademi Youtuber Sebagai Pemangkin Guru Mendepani Cabaran Pendidikan Digital

 


    Berikut berita hari ini dalam siaran langsung melalui saluran TV RTM. Terlihat dua orang tokoh akademi Youtuber Malaysia yang tidak asing lagi bagi diri saya khususnya. Orangnya tidak lain dan tidak bukan ialah Cikgu Suffi selaku Pengurus Utama Akademi Youtuber dan Cikgu Zuly selaku Ketua Jurulatih Akademi Youtuber Malaysia. 

    Bagi anak-anak murid mahupun guru yang yang secara tidak langsung  mahupun secara langsung terlibat dengan Akademi Youtuber Malaysia atau nama ringkasnya AYU. Saya merasa amat bertuah juga kerana mengikuti program AYU ini pada 2020 yang lalu , untuk batch pertama(pada awal pandemik) sehinggalah bergraduan dengan panggilan YU IMAZZMEDIA iaitu Youtuber Pendidikan dibawah latihan AYU yang telah bergraduan (selesai mengikuti program latihannya) pada 2021. Alhamdulillah banyak kemahiran yang dapat saya manfaatkan untuk pelaksanaan tugas sebagai guru di sekolah tempat saya bekerja.

    Dengan slogannya #KITABANTUKITA , Akademi Youtuber Malaysia sangat banyak berjasa melahirkan guru-guru yang berkemahiran dalam penghasilan video sehinggalah sekarang program ini masih lagi dijalankanHebatnya para pelopor AYU segala susah payah mereka berkongsi ilmu yang 'MAHAL' ini hanya secara PERCUMA sahaja. Seronok kan? . Alhamdulillah semoga pendidikan di Malaysia semakin berkembang ke arah yang lebih laik lagi untuk kemenjadian anak-anak murid seterusnya dapat memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara. InsyaAllah :) . Tahniah AYU!.

Cikgu Suffi Pengasas Akademi Youtuber


Cikgu Zuly Ketua Jurulatih Akademi Youtuber Malaysia. 



Previous Post Next Post